Followers

Blog Widget by LinkWithin
Dah lebih 2 minggu berlalu, aku masih terperap lagi kat kampung ni. Dengan kebanjiran dan cuaca yang agak basah,memang melecehkan keadaan. Akibat air hujan yang berjaya naik hingga ke paras buku lali kaki, menyebabkan anak aku Jemmy sedikit ketaksuban melihat air2 yang bertakung tu. Pantang di biarkan seorang diri, mulalah berendam kaki dalam air lopak2 tu. Akibatnya, tak sampai seminngu kaki Jemmy dah mula berkudis. Aduyai.. aku mula ar nak ngamuk. Satu hal plak nak tulun dia garukan kaki yang gatal tu. Sib baik aku dah beli ubat. Alhamdulillah, kudis2 dia tu dah mula kering.

Dok sibuk cite pasal Jemmy ni sampai lupa nak inform yang dekna kena demam campak. Cian plak die. Huhuhu.. Pas minum air kelapa n mandi ngan daun semambu, tak sampai 3 hari dah kuar abis n dah baik. Sib baik arr kat Terengganu sekarang musim hujan n sejuk, so..tak lah merenyam sangat campak dekna tu. kalu tak memang sian lah kat die.

Pastu, just to share the stori morri, aku perasan yang dalam mulut dekna ade putih2. Nak kate ulser bukan.. tapi banyak arr. Before balik ke kampung ari tu, dah g jumpe doktor kat DEMC. Tapi, dari cakap doktor tu memang menakutkan. Dia kate dekna jadi gitu sebab faktor makanan dan orang2 sekeliling dia. aku dah jumpe doktor lain for second opinion, die kate yang tu adalah kurap susu. AKu pun pelek gak..Takkan susu aku ni kotor sangat kot sampai berkurap. hehehe.. ntah ape2 ar. Sekarang mende tu dah tak de lagi. Dah nyah jauh2 dari mulut dekna.. dekna pun dah makan dengan berselera sekali sekarang.. nyummm. Tapi sum times, kalau ade masalah anak2 yang baru bagi aku, aku prefer google kat forum ibu2. banyak pengetahuan yg kita dapat dari pengalaman deols. Tu yang bagus tu.

Sebenarnya aku dalam kerinduan nak balik umah ku kat Shah Alam. Jauh mane kaki melangkah.. umah ku tetap di hati. HOME SWEET HOME!



Aku kat Kuala Terengganu sekarang ni sampai lah Raya Haji. Dari aku sampai hari isnin lepas sampai hari ini, hujan tak berhenti2. Nak basuh baju pun aku takde semangat. Baju2 semua aku hantar dobi. 5kg setiap kali hantar bersamaan dengaan RM15. Nak tunggu seminggu lagi duduk kat sini makaakan banyaklah pelaburan yang akan aku buat di kedai dobi tu.

Sib baik umah pusaka MIL aku ni rumah kayu n tinggi. Walaupun air naik jugak, tapi tahap buku lali je. Jemmy yang selamaini tak penah tengok halaman rumah yang di penuhi air, sibuk nak turun n swim2. Sekarang jemmy tengah selsema. Aduayaii.. macam2 yang terjadi. Intenet slow, astro tak clear, nak g shopping2 pun tak leh, nak g kuar makan kepok lekor pun tak bleh.. pendek kata, hujan ni bile dah lama tak turun akan di rindui, kalau dah hari2 turun rasa tension plak. Tapi ni semua rahmat dari Ilahi. SubhanAllah.

layan lagu band HUJAN, dalam cuaca macam ni pun besh jugak kan??



Kasihan Jemmy, as a stay at home mother ni, memanglah senang untuk menjaga anak2. tak payah suh babysitter ke, nursery ke, makpak jage ke, kite bleh jage sendiri kan. tapi ade pro-kon bile terjadinya hal seperti jemmy ni. Jemmy memang susah nak berkawan dengan rakan sebaya. Almaklumlah hari2 yang die jumpa mamanya, papanya (dah dekat2 dgn papaya) dan dekna. So. dengan insan2 yg disebutkan tadilah tempat die berkawan.

Tapi alhamdulillah lah, jemmy bukan orang yang terlalu pasif. Dia memang peramah orangnya..boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. To'ki, Tokwan, Uncle, Pakcik, Auntie, Abang, Kakak.. semua dia belasah. kalau tak caya tengok gambar ni

*
*
*
*
*
*
*







Ni masa balik kampung bulan lepas. Tulah kawan2 Jemmy kalau balikke kampung. Semua dah bersekolah.Paling muda kawan2 dia umur 6tahun. Jemmy plak almost 3tahun. Tapi tak tau lah samada deols paham bahasa Jerman Jemmy tu.Mama n Papa pun garuk kepala nak faham. huhuhu.. haru sungguh.

Anywei, cadangan ku nak hantar Jemmy ke Tadika. Tapi tak tau lagi kat mane. Area paling dekat dengan rumah weols ialah Quedees. Itu yang bajet lebey arr tu. Yang ala-kadar pun ada jugak. Tadika Sinar Ilmu. Rasanya nak hantar kat tadika tu jek. Bila mama dah start keje (aku kena carik duit lebey ni) mama nak hantar Jemmy ke KUMON. Anything lah just for my son. Tapi semenjak 2 menjak ni mama dah malas sikit nak ajar Jemmy membaca, sebab jemmy dah ade huruf favourite. Jemmy dah fell in love dengan huruf 'O'. Kalau orang sebut huruf lain, die tetap nak huruf 'O'. Tensen!!!!

Tapi yang paling aku bangga pada Jemmy sekarang. DIa pandai countdown nombor, padahal aku tak penah ajar die countdown nombor. Tak tau mane die dapat idea tu. Bila suruh sebut One, Two, Three sampai Ten, Jemmy akan sebut Ten, Nine, Eights sampai One.. aduyaiii...




Salam semua, ghindu nye.. lame dah tak hapdet blog. Bukan sengaje, banyak keje. Semenjak aku ade online shop ni tak menang tangan rasanya. Nak wat promotionlah, blog walkinglah, nak amik stoklah, nak reply customer mesej lah, nak g pos opis lah. Tapi takpe, sebab aku seronot sangat. . Dan walaupun untung yang aku dapat tak banyak tapi aku bahagia, at least sekarang aku dah berjaya menjadi WAHM. Hahaha, dah tukar title dari SAHM. Memang tak banyak untung pun, aku just suka dengan baju baby yg memang comel2 sebab tu lah aku wujudkan online shop ni. Lupa plak nak beritahu sekarang ni Gugugaga Closet ada buat sale untuk menghbiskan stok2 lama. Jangan lupa datang menjengah ye.

Baaru-baru ini pada sesiapa yang mendengar rancangan Riuh pagi di Era, mesti ade dengar cerita tentang perginya adik Khaiyrul Aiman yang telah kembali ke rahmatullah. Arwah adik aiman sangat meminati Paknil. Dan akhirnya dengan pertolongan seorang insan, arwah berjaya menemui Paknil sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Insan tersebut ialah Davina. Davina seorang yang terlibat dalam aktivity2 kebajikan terutamanya untuk kanak2 cancer. So, kat sini saya ingin mengajak kawan2 blog supaya menjadi follower di blog Davina untuk menunjukkan sokongan kita terhadap segala aktiviti kebajikan yang di buat oleh beliau.

Gambar hari raya yang lepas pun aku tak banyak snap. aku pun tak ingat kenapa. Adelah sikit. Bolehlah untuk di letak dalam blog. So, silalah layan gambar2 tersebut ye. Nanti kita jumpa lagi. Misz u all. Hari ini aku nak buat blogwalking. SEe Ya!







Gambar2 ni diambil waktu petang sebelum berangkat balik ke Kuala Terengganu. Jemmy memnag semangat nak bergambar walaupun demam dia tak kebah lagi. Sayang Jemmy!

"Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukannya" Tulah ayat yang seswai untuk aku sefamily tahun ni. Awal2 sebelum raya lagi, weols dah start buat plan nak beraya di mana pada hari raya pertama. Kalau ikutkan plan awal, selepas sembahyang raya weols akan bertolak ke Endau, Johor untuk menziarahi pusara nenek aku yang telah meninggal dunia tahun lepas. Pastu pergi umah sedara mara dan petang baru bertolak balik ke Kuala Terengganu. Tapi semua plan terpaksa di batalkan atas sebab2 yang tak dapat nak di elakkan. Dan aku juga terkejut dengan kejadian yang weols hadapi pada hari raya pertama lepas.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk siapkan makanan apa yang patut. Potong ketupat. Masukkan nasi dan lauk dalam kaserol, buat air dan isi kuih dalam balang. Papa pulak sibuk siapkan anak2. Almaklumlah, ni 1st time hari raya untuk dekna. Jemmy pulak dah pandai bergaya. So, mmg tak sabar nak dress up budak2 kicik tu. Dalam pukul 8.30 semua family yg nak g semayang raya dan sibuk bersiap. Sebelum semayang, Papa akan breakfast dulu. Tengah weols breakfast,Jemmy pun join sekali. Actually, Jemmy demam malam raya tu..tak boleh tidur jugaklah.. tapi pagi2 aku dah basahkan badan dia dengan air untuk kurangkan panas badan dia.


Berbalik semula pada kejadian sedang breakfast tu, tengah weols syiokk menikmati nasik dagang, tiba2 Jemmy landing kat atas lantai, aku ingat tak ada ape2 sebab Jemmy biasa buat macam tu kalau dia merajuk. tapi dalam masa 1 minit Jemmy tak bergerak, weols panggil dia tak jawab. Papa, terus dapatkan Jemmy. Badan Jemmy kejang, mata dia bulat tak berkelip. Aku dah cuak yang amat sangat. Papa peluk Jemmy dan panggil Jemmy tapi Jemmy tak menyahut. Papa bacakan selawat kat telinga Jemmy, aku basahkan muka Jemmy dengan air tapi Jemmy takde respon. Pastu mak aku bacakan ayat2 suci, Jemmy still tak respon apa2.

Papa dan abah aku terus bawa jemmy ke hospital. Aku, mak dan Adik aku (su Tam)berjalan kaki ke hospital. Lelah gak le aku berjalan, dah le orang sibuk nak ke masjid, weols berlari2 ke hospital. Sib baik spital ngan umah aku tak jauh. Kalau jalan kaki 15 minit je dah sampai. after sampai je kat hospital, aku tengok badan Jemmy biru. Badannya terketar2 mungkin kesejukan sebab nurse basahkan badan dia dengan air. Papa kata M.A (doktor takde time tu) masukkan Paracetamol dalam punggung Jemmy.2 bijik sekali tembak! deols amik suhu Jemmy, 40.2 celcious. Panasnye!!!!



Aku macam biasalah, ade drama airmata..tapi aku cuba jugak tahan. Aku jaga Jemmy, aku basahkan badan dia dengan air sejuk. Aku peluk dia. Aku tengok Jemmy memang tak ada tenaga langsung. Tak dapat aku bayangkan, selama ini Jemmy adalah seorang anak yang aktif dan sentiasa bertenaga, tapi sekarang Jemmy hanya mampu pandang mama dan Papa dia. Bila weols tanya, jemmy hanya anggukkan kepala sahaja.



Nurse amik darah jemmy untuk buat test, mungkin deols ingat anak aku tu ade virus tuttt kut. Dalam pukul 10 baru keputusan keluar, dan alhamdulillah tak ada apa2. Pastu deols kate jemmy kene masuk wad sebab ade kes. kes ape aku pun tak tau. Tapi after jumpa dengan real doktor, kami dapat excused dan dibenarkan balik selepas suhu badan najmi turun ke 38 darjah.

Dan akhirnya, hari raya pertama tahun ni, kami sekeluarga tak pergi sembahyang raya dan segala perancangan awal terpaksa dibatalkan sebab Jemmy tak sihat. Tapi petang tu, selepas asar kami bertolak ke Kuala Terengganu.

Aku bersyukur sangat pada tuhan kerana Jemmy masih ade bersama aku. Aku sangat2 takut kalau aku kehilangan Jemmy. Alhamdulillah, Jemmy anak yang kuat. Mama, Papa dan adik sangat sayangkan Jemmy. Cepat sembuh sayang!

Pesanan dari kakyong,

kakyong beritahu dia tak boleh berblog buat masa ni sebab komputer kakyong dah takdek nyawa. Kena take time nak baiki atau nak tukar baru (ni ayat aku sindri..hikhikhik)
So, pada kawan2 blogger kakyong72@blogspot.com harap bersabar menunggu kepulangan kakyong semula ke dunia blogger. InsyaAllah....


Raya tahun ni adalah raya yang sangat bermakna pada aku. Kini aku dah ade sepasang cahaya mata, tentunya raya akan di sambut dengan gembira. Baju raya Jemmy dan dekna aku dah beli sebelum mula berpuasa lagi. Tema tahun ini warna biru.

Sehari sebelum raya, aku dan adik2 dah start bersihkan umah dan buat deco ala kadar sahaja. Maklumlah, kewangan tahun ni terhad sikit. Langsir umah just pakai yang 3 tahun lepas. Aku belikan sarung kusyen dan table runner sahaja. Pastu aku belikan sofa L shape untuk abah aku, supaya senang dia nak tidur waktu siang. Boleh rileks2 sikit. Mak aku bising jugak, yelah, menyempitkan ruang je, tapi aku tau...bila aku takde kat umah nanti, die yang konker sofa tu..hikhikhik.

Pagi2 raya lagi aku dah rebus daging. Ingatkan nak buat rendang, tapi tak jadi. Aku just buat daging masak merah untuk dicicah dengan ketupat. Mak aku awal2 dah tempah nasik dagang untuk makan pagi raya. Tengahari plak, aku masak kek coklat kukus dan puding koko. Macam best je..tak sabar nak raya. Untuk berbuka, masak simple-mimple aje. Nasik goreng udang. Udang tu ayah aku dapat dari kawan dia yang kerje kat kolam ternakan udang harimau. Manyak sungguh..sampai kan nasik goreng aku penh dengan udang. Dah bukan 'ade udang di sebalik nasik' tapi ade nasik di sebalik udang' hehehe..

Lepas berbuka, dah jadi kebiasaan aku beraya ke rumah paklong, abang kepada abah aku. Lama jugak le lepak situ. Dah lepas menghabiskan semangkuk besar mee tomyam. aku pun balik dan bermulalah pengumpulan duit raye anak2 aku. Pak long beri anak2 aku suploh hengget sowang.. lumayan...lumayan...

Balik dari umah paklong, aku tengok mak aku dah masak ketupat dan daging masak merah, jadi kerje ku senang sikit...aku terus tido..lagipun dah pukui 12 lebey dah.

To be Continued.....